day trip @ kerteh (part 3)
hehehe..
banyak kan masa terluang saya hari ini..
sekarang tgh tggu mdm driver blk keje. minta tlg hantarkan ke airport.flight kol 6:20pm. lebih kurang 5:30pm kena adalah kat sana ni. tghari td mdm lizey bawak p makan tghari kat area kemaman. sedap sgt lauk2 nya. pastu p la menyinggah gerai2 tepi jalan tuh, yg penting target nak carik sata & kopok lekor. ok settle dah beli tambah ngan otak2 tganu. itu jer lah yg sempat dibeli. lgpon dok sorang2 takkan nak mborong lebih2 guano nak bawak blk kang.
ops..sambung … (sejam kemudian)
skrg kat airport..dah check in…tggu berlepas…yeayyy..
terima kasih banyak2 to my fren, mek lizey..sudi ke sana ke mari membawa diriku yg tidak teruan menunggu waktu balik nih. rasa singkat sangat la plak..lepak2 rumah dia pastu jalan2 carik makan pastu dahhhh nak blk…jgn lupa pasni dtg ke rumah i plak ye..k cu then…daaaa…
aku | Comment (0)day trip @ kerteh (part 2)
pengalaman naik flight firefly kira oklah. dihidangkan muffin+fresh oren. cuma perjalanan cuma ambil masa lebih kurg sejam, sempat lalok2 nak tido dah pon sampai…heheehe…kalo drive maunya puas tido tak sampai2 kan…
sekarang ni bersiaran secara langsung di rumah mek lizey..ihiks..apa tidaknya seawal 7:30pg td dah smpi airport kerteh, munzir dah menunggu lalu terus ke petronas carigali. lepas tu terus jer jumpa LI supervisor, mr sarjit.gitu gini check itu check ini keje munzir ni setel kol 9:15pg.so apa yg nak dibuekknya tggu check in flight kol 5+ nnt (terobang kol 6:20pm). sibbaik mek lizey ni keje kat tatiuc. so here i come! hehehe…mek ada meeting jap so tggu jer kat umah dia nih. dapat lepak2 tgk tv sambil online….mmg amat berguna broadband ni…
aku | Comment (0)day trip @ kerteh (part 1)
salam,
skrg jam menghampiri pukul 6 pg. sz ada di airport subang. tgh menunggu berlepas nak ke kerteh. hihihi..rasanya inilah penerbangan terawal yg penah dinaiki sepanjang hidup ni. aduiii kol 4 pg dah kena bangun tau. sibbaik airport ni x berapa jauh dr rumah. kalo ke klia/lcct maunya kol 3:30 pg kena bangun. ni pengalaman pertama kali nak naik flight firefly ni…semoga dipermudahkan segalanya..amin…
aku | Comment (0)kemalangan
salam,
petang semalam kitorg sampai rumah jer terpandangkan muka kakak sarah lain macam jer. uiks, apsal bercalar-balar luka2 nih? rupanya dia eksiden jatuh basikal…selipar dia tuh tapak dah rosak, tersangkut la tu kot.kitorg yang tgk ni pon seriau rasa…mesti pedih tu kalo kena air…aduyai anak mama ni kenalah berhati2 di jalanraya. bibik kata kakak sarah tak nangis pon (biasalah sarah safiyyah ni kalo dia jatuh sendiri dia blh wat muka biasa je, tapi kalo kena time angin kus2 tak payah usik pon blh nangis). ermm syian dia pg td bangun bengkak plak matanya. ptg ni br nak bawak p klinik.tanya dia sakit ke tidak, dia kata tak sakit…
minggu sakit
minggu ini aku ditimpa dugaan sakit-sakit..tapi aku redhakan jer, sakit2 ni kan penghapus dosa kecil. maka aku pasrah…Allah tahu mana yg terbaik utk hambaNya…
semalam bangun tidur (tak boleh tido sebenarnya) aku sakit gigi…aduyaiii…datang lagi? pg semalam aku takde kelas maka aku memutuskan utk pergi ke klinik gigi. dugaannnn bila dah smpi tutup la plakkkkk.nak tak nak aku terpaksa pusing balik ke klinik panel yg sebenarnya lebih dekat dgn rumah. bukan tak nak pegi terus tp cam x puashati bulan lepas doctor tu kata takde apa2 just gusi/gigi sensitif.kali ni aku pegi lg bgtau doctor sakit lg nih doc…ok lah doc check kata gigi bongsu ni kena cabut lah sebab tampalan sementara cam dah x ok. ok lah minggu depan aku akan ke situ lg. berbekalkan ubat tahan sakit & antibiotik yg perlu dimakan beberapa hari sebelum p cabut.memandangkan dah pusing sana pusing sini dah smpi tghari aku ada d klinik lg, hasben kata coti jerr la…x blehhh yangggg, sy ada kelas kol 2 ni…uhuksss…p kelas pastu pokpekpokpekpokpek (dah itu tugas utama aku bg syarahan kan :p) pastu setelkan keje opis, lbh kurg hampir kol 6 blk rumah.
pagi ni plak kol 5:30pg aku terjaga.uiks cam sakit perut.xpelah tido dl la, layankannn hujan diluar…x lama pastu sakit lg..alamakkk kena p toilet ni…maka bermulalah aktiviti ulang alik ke toilet plak. entah apalah yg silap makan nih. tgk mr boss ok jer…huhuhu.kelas penuh hari ni. just sms student masuk kelas lewat sikit (sorry guys!).kali terakhir kena diarrhea ni masa pregnantkan syimir (hampir setahun lepas).apa pon ku gagahkan diri jugeeee…huhuhu
homemade pizza
salam,
yeayyyy akhirnya semalam aku dapat merealisasikan impian sendiri utk membuat pizza.resepi?google binti yahoo jerr…mesti keluar byk resepi yang sedia dikongsi.yang penting bahan2 utama seperti cheese mozarella mesti ada.untuk roti bawah tu cam biasa guna resepi buat donut je (bezanya donut digoreng tapi pizza dibakar) dan utk topping tpulang kepada individu nak buat cara mana. semalam aku pilih buat ayam+mushroom.satu adunan tuh dapat 2 pan.siap semalam beli pan/loyang yang baru tau..kekeke..nanti nak beli satu lg sbb yg beli smlm non-stick mmg la tak melekat tapi satu pan lg pki loyang biasa melekat plak.dan mungkin pasni kalo nak buat pizza lg dah boleh agak ketebalan roti tu. yang penting isinya lebih banyak.ok yanggg lepas nih dah tak payah la kita p makan pizza di luar…hehehe…tapi kalo ada yang nak belanja makan kitorg on jer :p . k till then…daaa…
aku | Comment (0)selamat datang cik oven!
hihihihii…
akhirnya, dapat jugeeee oven kuikuikui…
ok yang, pasni menu kita pasni ala2 bakarrrr je..kehkehkeh
malam tadi menu pertama ayam bakar, next project pizza pastu muffin kot (kalo dah blh mkn telur)
:p
(psst: periuk nasi yang buat hal, oven yang dibeli sekali)
aku | Comment (0)7-9/3/09 (episod 3)
ahad (9/3/09)
pg2 tu tgk kaki adik nampak dah makin teruk. so kami decide nak bawak dia jumpa paed la.
citer selanjutnya (http://syimirmikail.blogspot.com/2009/03/eczema.html)
so utk sepanjang minggu ini mama kenalah berpantang makan demi kesihatan adik.nmpknya dah ada perkembangan positif, tak pastilah sebab dia skrg dah tukar sabun sebamed & sapu krim2 pelbagai itu. paed dah pesan kalo nmpk dah ok, mama blh la try sikit2 makan makanan yg blh jadik penyebab eczema.
aku | Comment (0)7-9/3/09 (episod 2)
selepas mhadiri majlis persandingan k erna, kitorg plan nak lepak kat rumah la plak. so kereta chong pon follow kitorg blk rumah la. sampai di rumah lepak2 jap, mr boss pon p mjenguk khemahnya di padang utk mesy PPSU3 esok pagi. dah set dah nak bangun awal esok nak join meeting persatuan penduduk.
tetapi, si adik plak meragam sepanjang malam jap2 tjaga merengek pastu sua nenen tido blk pastu x lama bgn balik…cam ala2 merajuk la seharian kena tinggal.aduyaiiii dikkk, dah lewat pagi nih…mama plak yg ting tong…kesudahannya ayah p pagi2 nak p meeting mama pon x sedar..termiss la mama nak join.
oleh kerana semalam dah set makcik sha nak turun sini utk p tgk bb baru makcik kema, maka operasi main masak2 pon dimulakan.mmg masak lebih kalo makcik sha x smpi tghari kena habiskan utk mkn malam nnt…kuikui.dah siap tu p mjenguk jap ke padang.nak tengok kawan2 su3 berniaga.alamakkk sampai jer dah ramai yg packing2 barang nak tutup kedai. sibbaik sempat la merasa cupcakes emma dan beli keropok & tudung.igt nak p beli laksa k nurol & tgk produk kecantikan sha tp dah xde plak dah tuannya…
blk tu tuggu dok tunggu sampai tertido,kesudahannya lebih kurang dekat kol 5pm makcik sha kata dah smpi sg buloh…so kitorg pon p la bergosip smpi nak maghrib kat umah makcik kema.
pastu makcik sha& family lepak plak kat rumah kitorg, lepas makan malam diorg balik.
aku | Comment (0)7-9/3/09 (episod 1)
salam,
pada 7/3/09 yg lalu kami berdua sempat ber”dating” daripada pagi sampai ke malam. aturcara dimulakan dengan bersarapan pagi nasik lemak buatan sendiri (pertama kali ye, sedap tak sedap mesti puji sedap ok…kang mem xmo masak lg dah :p).adik dah bangun, sarah tido lg. adik babai2 jer lah kena tinggal ngan bibik.kami bergegas keluar menuju ke sjmc utk follow up appointment dgn doc.alhamdulillah mr boss getting better.2 bulan lg datang follow up ngan doc.
pastu p plak pusing2 cr seat keta plak.rasa cam dah kelabu asap dah nengoknya, ok p beberapa kedai dan jadik buat kat satu kedai ni.nmpknya amik masa beberapa hari utk dijahit & nnt kena cabut plak seat tu utk pasang yg baru. (xde keta baru, seat baru pon jadik la :p).
otw tu chong call tanya pasal nak p wedding k erna. ya Allah mati2 igtkan esok malam rupanya malam ni..ayaaarkkkk x beli hadiah lg…ok lah yang,next agenda kita p cr hadiah k erna, makcik kema & barang dapur.abis shopping2 tuh blk rumah.
malam tu plak p la kami berdua ke dewan tabung haji meraikan majlis persandingan k erna + fazlin. tahniah kepada kalian berdua. akhirnya cinta yg disemai & dibaja bertahun2 diikat dgn ikatan perkahwinan. cepat2 dpt baby ye! kami pergi 2 kereta, konvoi ngan chong.dapatlah jumpa bakal mrs chong & farah & anaknya turun dr jb.sha&family dah sampai awal.pastu kami balik la…
2b continued
aku | Comment (0)

