persiapan hari raya 2008

September 13th, 2008

amacam persiapan hari raya yg bakal kunjung tiba x lama lg? hurmm hujung minggu lepas sempat lah g mbeli belah ttp dapat utk hasben & syimir jer. sarah beriya x mo beli baju @ seluar baru…soh pilih dia x nak. dia nih kalo kita beli yg dia x berkenan mmg dia x pki la baju @ seluar tu. skrg nih dia tgh angin xmo pki jeans (seluar @ skirt).nak pki suar kain jer…punya lah mahal2 beli jeans tp x mo pki. sekeh kang…nak bg kat adik pompuan lambat lg, cousin2 dia sumer hero2 belaka…entah ada adik pompuan ke tidak dia nih…:p utk sz mmg x p cari lg. dinasihatkan kalo nak mencari persiapan raya nih eloklah salah sorang mjaga anak, kang kes hilang anak plak nak raya2 nih…so cadangnya hujung mnggu ni la nak cari. ermm mood nak beli baju baru pon xde lah sgt…sbbnya, lebih kpd persiapan nak masuk rumah baru ada lah! cheewahh…syok sgt! syok menghabiskan duit beli itu ini…berpinar2 mataku inih…insya allah pas raya ni kami akan pindah ke rumah baru.alhamdulillah setelah menyewa rumah orang hampir 4 tahun, kami dapat dok rumah sendiri.syukur sgt…tu yg bz ke sana ke mari cari itu cari ini. xdelah apa sgt, hanya nak beli barang2 asas kat rumah tuh pon…lampu+kipas (wajib la kan…) dlm byk2 item yg dibeli, cam kelakar gak lah masa nak beli lampu kalimantang..apa taknya harga lampu yg size pendek sikit tu RM12.80 tp yg saiz panjang tu RM13…nape beza harga 20 sen jer nih?

juadah berbuka puasa & bersahur

September 13th, 2008

alhamdulillah hari ni insyaAllah hari ke-12 kita berpuasa d bulan ramadhan al mubarak 1429h.sepanjang bulan puasa ini, juadah berbuka dan bersahur di masak sendiri oleh sz.kalo g pasar ramadhan pon cari air tebu, murtabak, cucur udang atau kuih muih. maka macam2 lah menu yang perlu difikirkan.setakat ini, lauk yg plg biasa dimasak ialah ayam masak madu, kari ayam @ daging, ikan sambal, ikan masak asam pedas, sotong masak kicap, ikan masak taucu etc lah.telur masak kicap pon pernah…sardin pon jalan…kalo sayur plak selalunya sayur tumis goreng, sup atau masak lemak jer spt kacang, bayam, kangkung, carrot, kentang etc. dan tidak ketinggalan masak tomyam…ttp dalam byk2 menu tuh rasanya menu semalam lain sikit. jeng jeng…jgn x caya, smlm masak lemak cili api ikan masin+nenas & cendawan goreng.slrpppp sedap gak masakan ku ini (puji diri sendiri la ye, jgn mare :p). hujung minggu lepas berjaya buat kuih karipap inti sardin+kentang.yeay…pasni nih x tau lg nak buat kuih apa…any idea? skrg nih mmg sdg mengasah skill masak memasak ni. kira mmg tawakkal + redha jer la kalo x cukup rasa tu..camne nak rasa kan ke sdg berpuasa…kira guna deria bau jer agak2 cukup ke tidak bahan2 nih..hehehe..terer kan…

notebook rosak

September 6th, 2008

salam…

setelah lega dgn itu ini, baru lah nak panaskan enjin fokus kepada kelas plak.discuss ngan student ttg kelas ganti (hutang mesti dibayar…). hujung minggu ni lah baru nak settle down wat final preparation utk kelas2. blh la plak notebook ni buat hal…geramnya….semua data byk kat notebook ni, mmg ada kat external hardisk ttp x terkini la. down glerr gak la…sibbaik ada notebook adik sepupu yg dok rumah ni, apalagi terpaksa lah pinjam notebook dia.hehehe…akak rasmikan dulu la ye notebook baru man! :p terasa patah tgn@kaki gak la xde notebook ni. apa taknya nak g kelas mestilah kena ada notebook utk d pasang ke LCD projector. kalo 4 years back kita guna OHP tu ok plak ek..heheh macam2…

isnin (1/9/08) tu cuti umum sbb fwd cuti hari  merdeka (selamat menyambut kemerdekaan ke 51!) &  hari pertama  kita berpuasa (selamat berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak 1429H).

selasa baru naik keje & mintak tlg tech tgk kan apa lah problemnya notebook nih, rupanya motherboard rosak…pie tlg backupkan hdd ke external hdd dan notebook ni perlu dihantar ke pusat ICT. settle sumer dah ptg, mmg kena hantar esok la.

rabu,dtg  awal sbb ada kelas  8:30am ..kol 8 lbh dah smpi opis p PICT tutup lg, tggu 8:30am pon x buka lg, dah abis kelas lbh kurg 10:15am pon berkunci lg…uiksss pict tutup ke ari ni? kritikal nih….10:30 ada kelas lain plak smpi 1:30 nih.jupe k lijah rupanya notebook dia pon berjangkit ngan notebook sz…yeay…sama2 lah kita xde notebook…xpe kita tggu after break tghari bukak ke tidak pict nih.. oh hoooo….baru bukak..so kna tggl la kat situ…

khamis, yeaahooo akhirnya dah ok notebook nih..baru lah blh wat keje spt biasa…

alfatihah…

September 6th, 2008

pd 26/8/08 sz masih sibuk ngan lawatan MQA ttp tidak lah sesibuk spt last week. sz dipertanggungjawabkan jd comittee biro protokol. sibuk menunggu pelawat jer kot..hehe..

masa tgh dinner tu dpt panggilan telefon drpd TDA, bertanyakan ttg seorg student tp sz x dpt dengar jelas sbb sarah dok berebut nak ckp kat hp gak. sz mintak TDA sms. pastu sz tgk ada a few missed call drpd TD R&D merangkap ketua felo, pastu return call dia then dia memaklumkan ada 2 org student fakulti terlibat dlm kemalangan d simpang Ijok& dia nak sahkan dr program mana.sz pon check mmg betul sorang dr program sz & sorg lg x pasti program mana.  masa tu hati mmg x tenang gak la tggu  pengesahan keadaan  student  tu. ya  Allah, confirm student DPI meninggal dunia d tpt kejadian dan dihantar ke hospital tg karang & seorang lg dlm keadaan kritikal & dihantar ke hospital sg buloh.
~Innalillahhiwainnailahirojiun…~

26/8/08

pg tu arrange ngan kebenaran dekan utk pergi melawat jenazah d gombak, ditemani oleh pn salyani, pn rahayu & pn ros, 2 org staf hea & lbh kurg 20 pelajar batch allahyarham. Dekan, TDA, KP, pensyarah lain ramai juga dah melawat jenazah di hospital malam td. Alhamdulillah kami sempat memberi penghormatan terakhir sblm jenazah dibawa ke negeri sembilan utk disemadikan. Takziah kepada keluarga Allahyarham  Ikram Hafiz Abdul Muluk …alfatihah…semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan org beriman … amin…

ptg tu selepas selesai proses lawatan penilaian MQA ada post mortem, byk penambahbaikan di buat & everything seem going very well (alhamdulillah). dan ketika itu juga dikejutkan dgn berita pemergian seorang lg student yg dlm keadaan kritikal semalam… innalillahiwainnailahirojiun…alfatihah…

apa yg bz sgt? part 2…

September 6th, 2008

salam…

nak smbg citer bz pon blh delay … heheehe

20/08/08 & 21/08/08

hari yg dtunggu2 tlh tiba…alhamdulillah hari pertama & kedua lawatan penilaian MQA berjalan lancar. Sz bersyukur mendapat kerjasama daripada semua pihak tidak kira pihak pengurusan/pentadbiran universiti, fakulti, jabatan,unit,  library mahu pun pelajar.Tidak terucap jutaan terima kasih. Sz sgt menghargai setiap bantuan, pertolongan kpd yg terlibat secara langsung mahupon tidak langsung. Kami menerima kunjungan  drpd 2 org pegawai MQA, En Fairul & En Jamaluddin serta panel penilai  diketuai oleh Prof Madya Datin Dr Habibah (uitm), PM Dr Dzulkifli (UTM) utk program DPI & En Shamsudin (uitm) utk program DAKDP.
~Perasaan masa tu (rasanya sama jer ngan en poji), berdebar2 kalahkan nak tggu akad nikah @ bersalin… :p  , kalo staf @ kengkawan @ student tanya - lain yg ditanya lain yg dijawab (fikiran di luar kesedaran sbb  macam2 nak difikirkan …
~

22/8/08

pg tu kami ada post mortem & last meeting utk persiapan menerima satu lg lawatan penilaian program oleh MQA iaitu utk program DTMA pd 26-27/8. masa post mortem mmg mcm2 actually nak cakap (bukan komen @ komplen tp nak bg ucapan penghargaan jerr..hehehe) tp bl tiba masanya masa tu speechless, tiba2 jer sebak glerr x terkata (i reserved my comment … ).masa tu bercampur baur perasaan ni, tp plg kritikal halangan2 @ cabaran2 @ dugaan2 ni sz rasa mhadapi tekanan emosi kot. selama lbh kurg 3 minggu naik keje terus diasak dgn pelbagai dateline @ persiapan  nak mhadapi penilaian MQA ni…ngan  keadaan  ada baby kecik  newborn ni  x stabil lg time tidur, nangis  etc (alhamdulillah  tahap  kesihatan  adik sgt baik). rasanya sebak sgt sbb dah x tertahan dok keep maintain jer..keep cool cam cooling fan yg psg kat notebook (apa merepek meraban nih?)

salam ramadhan al mubarak 1429h

September 6th, 2008

Salam,
Selamat berpuasa & menunaikan ibadah di bulan ramadhan yang mulia ini.
Semoga amalan kita diterimaNya…
;-)