apa yg bz sgt?

August 22nd, 2008

salam,

ok lah baru sekarang berkesempatan nak mengarang cerita yg tertangguh lebih kurang 3 minggu lalu (setelah "puas" bercuti panjang 2 bulan)

29/7/08 (Selasa)
Hari pertama naik keje tu adalah hari orientasi pelajar baru, ada taklimat fakulti & syok gak sz x perlu bg taklimat KP utk DPI sbb Khai ada sbg pemangku KP..yeahaa..time kasih ye en khai, sz sbg pemerhati & penokok tambah jer kat bilik taklimat program tu.. :) & kema sbg mentor utk pelajar intake baru ni.

30/7/08 (Rabu)
Hari kedua, keje cam biasa, refresh blk apa2 dokumen yg berkaitan.

31/7/08 (Khamis)
Hari ketiga, g keje spt biasa…ptg tu p joint inspection & handing keys…yeyeye..dapat kunci rumah dah rumah baru kami tp malangnya bekalan elektrik & air  belum masuk lg, oleh itu mmg tidak akan berpindah dlm masa terdekat ini la.

1/8/08 (Jumaat)
Hari keempat,sudah bermula kehangatan persediaan utk lawatan penilaian MQA.Pg2 lg meeting MQA…byk gak checklist yg kena d submit mggu depan tu.

2-3/08/08 (Sabtu & Ahad)
Kami sekeluarga blk melaka melawat ayah mertua x sihat. Bakal buat pembedahan next week @ hosp pantai ayer keroh.

4/8/08 (Isnin)
Pg tu bawa Syimir ke hospital selayang utk follow up checkup (memandangkan 2 bulan lepas dia dok NICU kat situ). Alhamdulillah everything ok…memandangkan semester dah bermula,ptg tu sz g keje tp hasben blk semula ke melaka utk menemankan ayah mertua.seminggu ni mmg jadi single mom la.

5/8/08 - 8/8/08 (selasa-jumaat)
~hidup agak tak keruan~
*kat rumah, single mom…ngan karenah si adik malam2 nangis2, si kakak cam tarzan melompat sana melompat sini, panjat sana panjat sini
*kat opis cam biasa diserbu oleh pelajar2 dgn pelbagai "problem"…plg common mestilah clashing timetable dan sudah semestinya byk lg perkara2 lain.
*a few checklist senarai2 itu ini perlu dihantar minggu ini juga utk keperluan penilaian MQA.

agak2 bila masa plg sesuai utk wat keje? nak buat d opis mcm2 perkara perlu d settlekan dan2 tu gak, nak stay blk lewat sgt pon kesian kat anak2 dah ler bapaknya xde ni maknya plak x blk2, nak wat kat rumah ada plak pembantu khas…sudahnya rutin harian waktu keje sz bermula jam 4 pg, waktu tu mmg syimir bgn utk menyusu pastu dia akan tido & si kakak mestilah x bgn lg.pastu lbh kurg kol 7 lbh tu bersiap g keje & mulakan lah keje opis plak.dok kat opis smpi kol 6:30-7pm pastu smpi rumahlbh kurg 7:45-8pm.blk tu masak2 utk mkn mlm pastu layankan anak2 pastu tido (itu pon kalo si adik x meragam mlm2). Utk newborn cam syimir nih sekurang2nya dia akan bgn menyusu 2 jam sekali. so jadual waktu tido sz ialah kol 12pm-2pm-4pm.boleh bayangkan bagaimana "huru hara"nya hidup masa tu?               
alhamdulillah sumer checklist yg perlu di submit dapat di hantar mengikut tempoh waktunya.                                                               

9/8/08 (sabtu)
hasben kata nak blk hari ni …yeayy…tunggu punya tunggu tp smpi ke ptg x smpi2…akhirnya smpi umah kol 8pm…dah lama x berjauhan ni rindu-rinduan gak..ihikss…

10/8/08 (ahad)
argghhh…dpt gak rest hari ni…bgn wat breakfast, tggu tuan besar turun pastu makan sama2…tup2 dpt sms drpd dekan memaklumkan TP dah selamat bersalin 2nd baby ttp dia mengalami pendarahan teruk & skrg dlm ICU …ya Allah, selamatkan lah TP! risaunya, cam blurr @ terpaku jap, bgtau hasben gak sbb kawan sekolah dia…masa tu rasa nak terus g hospital nak tgk keadaan TP, kami semua keep on update ttg perkembangan TP, ttp memandangkan dia masih dlm keadaan kritikal, tiada sesiapa dibenarkan masuk melawat, kawan2 semua ramai gak dah menunggu di PPUM tu sejak dpt berita drpd dekan. kami plan after mjemput Acu @ KLIA nak singgah la ke sana. Alhamdulillah, ada khabar positif, pelawat blh berjumpa @ masuk tgk TP dlm wad pembedahan tu.sayu hati tgk TP terlantar di katil tu, dgn alat bantuan pernafasan, drip air, drip darah etc…TP, kau kuatkan semangat ek…semoga kau cepat sembuh!

11/8/08 (Isnin)
Pg tu djadualkan jam 9pg ada meeting akademik namun ditunda ke jam 11pg.Ada kelas kol 2pm tu tp terpaksa tunda sbb meeting x selesai lg. Lbh kurg kol 3 lbh tu dpt berita drpd hasben TP ttg keadaan TP yg kembali kritikal…ya Allah!sayu hati + menitis airmata x sggp lg kehilangan seorang lg teman sekerja (teringat kes Allahyarham Abd Rahman..alfatihah). Kol 4pm tu kami mengadakan solat hajat di fakulti khas utk mendoakan mohon keselamatan & kesejahteraan & memudahkan dugaan TP…

12/8/08-18/8/08
alhamdulillah mendapat berita perkembangan positif TP…
~bekerja spt biasa~ 4am-6:30pm, ada gak terlajak blk dr opis kol 8pm+ smpi umah 9pm+
~sgtttt sibuk ngan persediaan utk lawatan penilaian MQA…
~sempat gak masuk kelas tp baru ajar sikitttt sgtttttttttt

16-17/8/08
Blk muar plak sbb mak sakit… :(
tghari tu blk semula sg buloh sbb nak ke majlis walimatulurus kawan hasben d sungkai. plan singgah dl umah sbb nak drop by maid & syimir tp ngan sarah sekali tido, dia pon kena tinggal.so kami g berdua je la.   
@>- happy anniversarry <@

19/8/08 (selasa)
persiapan akhir menjelang hari lawatan MQA.terima kasih kepada semua yg membantu tidak kiralah secara langsung atau tidak langsung.hampir pukul 11mlm ada perkara tak settle lg. hasben keep on calling kata syimir dah menangis2 tggu mama x blk2. syimir ni mmg fully breastfeed.bl dah ptg tu dia dah x nak minum susu tru bottle. dia nak tggu mamanya gak blk.masa tuh hanya Allah jer yg tahu perasaan  sz camne. sekali dua kali call dengar dia nangis2 ok lg, dah 4-5 kali call lg  sz yg x tahannn…masa tu dah x fikir lapar x mkn lg tp hati dah melayang smpi ke rumah…

to be continued…

20 Things I Love about Him

August 21st, 2008

I love the way he laughs

I love the way he’s kind

I love the way he smiles

I love the way he cares

I love the way he comfort me

I love how he looks

I love how he’s smart

I love how he’s helpful

I love how he talks

I love the way he holds me when I’m sad

I love his name

I love his eyes

I love his smell

I love his confidence

I love his encouragement

I love the way he is

I love the way he loves me

I love our precious time together

I love his sweetness

I love that I love him so!

Chaotic Life aka Curly Mer

* sebenarnya entry ni backdated …memandangkan sejak naik keje lbh kurg 3 minggu lalu agak bz itu ini (akan diceritakan kemudian…) *

alhamdulillah pada 16/8/08 yang lalu genap 11 tahun kami berkasih sayang cintan cintun sejak di bangku sekolah, bangku kuliah, bangku opis dan boleh beli bangku sendiri!.susah senang diharungi bersama.bukan mudah untuk ke tahap sekarang memandangkan jauh lagi perjalanan hidup ni.alhamdulillah syukur kami diberi peluang  menyemai kasih sehingga diijabkabulkan dan kini dikurniakan sepasang  anak yang comel (cam mamanya la kan :p) dan insyaAllah hingga akhir hayat dikandung badan.tiada sambutan istimewa yg diharapkan, cukup sekadar doa agar kasih sayang kami sentiasa terus berkembang mekar, tabah  menghadapi dugaan @ cabaran hidup…aminnn…luv u so much!