Keropok

February 21st, 2008

Sekarang ni, our beloved little girl…Sarah Safiyyah berumur 2 tahun 3 bulan. Dalam peringkat usia ni, macam2 persoalan / karenah yang tak terjangka…sekarang ni dia dah boleh menyusun ayat 2-3 patah perkataan…dah byk jugak la blh jelas perbualan dia tu. Dia dah pandai mengajuk / ingat apa yang orang lain cakap atau buat. Dia tersangatlah rajin membantu kerja2 d dapur lbh2 lg membasuh pinggan mangkuk (nak main air jer sebenarnya)

Malam tadi, semasa sz menggoreng keropok, macam biasa sarah pon cepat2 la angkut bangku kayu dia nak berdiri tgk apa kita buat. Pastu lbh kurang gini la our conversation:

sarah: mama, buat apa tu?

mama: mama goreng keropok..hati2 ye, panas…

sarah: oo, keropok ikan…

mama: a’a..keropok ikan… (dlm hati >> mana plak dia tau ni keropok ikan??)

sarah: ikannya mana?

mama: ikan dalam keropok ni la… (dlm hati sambil rasa nak tergelak>> betul ke apa aku jawab ni? ke kena terangkan kat dia proses2 pembuatan keropok drpd ikan ni??? any idea??)

stress…

February 20th, 2008

macam2 punca stress ni…ni berdasarkan pemerhatian. kajian yg dbuat (macam xde keje lain plak.. :p , research paper x siap2 p wat research lain plak..).
# ada yg berpunca drpd tempat kerja (boss, kawan sekerja, "lawan" sekerja, student, gaji x naik2, bonus x dpt, claim x masuk2, kerja melambak2 x siap2, makcik kafe (uiks?? ni pon tmasuk ke?)
## ada yg berpunca drpd keluarga, anak2, parent, parent in laws, adik beradik, ipar duai, sedara mara dll…
### ada yg berpunca drpd persekitaran (jiran2 sebelah rumah, depan rumah, belakang rumah,lorong lain etc, bau busuk la (ni kes ada haiwan ternakan berhampiran), bau wangi la (grrr, mlm2 seram kot)…

banyak btol nak difikirkan…kadang2 semut pon boleh dpersalahkan…macam2…

~p/s Tidak ada kena mengena dgn diri penulis (10-20% jer kot :p )~

emosi…

February 20th, 2008

bila dengar berita kelahiran/ bakal melahirkan rasa gembira sgt (tumpang  gembira) tp bila dengar berita kematian ni rasanya kelu lidah x terkata…innalillah…semoga roh allahyarham/allahyarhamah dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang beriman…ameen… 2-3 hari lepas bekas student sz meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya, masa dapat tau tu rasa macam x percaya (rasanya dah 2-3 berita kematian mmg rasa x mahu percaya).
sentiasa terpikir apa akan jadik pada kehidupan orang yang kita tinggalkan nnt, hasben? ermm..agak2 kawen lain x yang oii?sedangkan putus kasih/cinta/tunang orang lain cepat jer dpt pengganti, lg plak "duda kaya" ni nnt, saham tinggi melambung la nnt, ramai la yg bakal kenen2 kan pengganti alasan kesian kat anak2 kot.. anak2? adakah mendapat pembelaan/penjagaan sewajarnya?sama ke kasih sayang yg dia bakal dapat drpd org lain bl mama dah xde? uhuksss…huhuhuhuu…rumah?keta?kerusi?gelang?cincin?kasut?baju? (ntahape2 pikir..)
w/bagaimanapon, bl kita "pergi" terputus sudah segala hubungan kita ngan dunia nyata ni, kita pergi mengadap ilahi, hanya amalan & doa2 jer la yg bakal membantu kita…dah x kisah dah hasben kawen lain ke, harta kita banyak ke sikit ke yg ditinggalkan…hanya dipinta tidak putus semua orang / kawan2/ kenalan mendoakan sz ye…
   

ulangtahun…

February 11th, 2008

salam,

erm..bertambah lg setahun lebih "muda"…alhamdulillah, Allah mengurniakan kesihatan yg baik, keluarga yg bahagia melayan kaletah anak yg semakin byk aktiviti kecerdikan+kecerdasannya…jap jer rasanya dah berumur 18 tahun opsss kena tambah 10 tahun lg…kalo 10 tahun yg lalu masa tuh baru mengenal erti dunia luar, menjalani kehidupan sbg siswi…belajar & belajar menuntut ilmu, dating (opssss) kat library ye adik2 (jgn tiru, hanya "pakar" ilmuwan shj dibenarkan… :p) ..tp skrg bz meneruskan kehidupan yg masih jauhhhh / panjang lg perjalannya…kalo dl target pas belajar mestilah kerja pastu kawen pastu ada anak disamping tu mestilah ada aset2 keperluan (bukan kehendak) spt kereta, rumah etc… bukan semudah itu kita nak dpt semua tu kan… kalo belajar maunya makan masa 6-7 tahun, kerja plak sudah semestinya kitaran hidup yg sama setiap hari, kawen bukannya seindah pagi suria shj,ia merupakan satu pintu yg terbuka luas utk kita "explore"…kereta?rumah? ikut kemampuan masing-masinglah…dan jgnlah lupa tggjawab kita sbg seorang anak kepada ibubapa yg byk berkorban…

Tahun 2008 ni agak sibuk bagi kami sekeluarga terutama diri Sz sendiri la…panjang waiting list nih, antaranya: wedding anniv + bday , courses sana sini sinun, conference, expecting 2nd bb, moved to our very own dream home, MQA visit for programme DPI etc la…

p/s: persoalan utk diri sendiri >> agaknya bilalah nak pursue PhD ni ek? Dr Sz…Dr Sz…. :p

   

syukur

February 3rd, 2008

4/2/05 (jumaat), 3 tahun yang lalu kami selamat diijabkabulkan, sah menjadi suami isteri. 5/2 majlis kenduri di rumah sz & 6/2 majlis sambut menantu d rumah hasben. Bila tiba ulangtahun perkahwinan kenalah igt sekali ulangtahun kelahiran sz..hehehe…bertambah usia perkahwinan bertambah lah usia diri sendiri…cam x caya jer…terasa masa begitu cepat berlalu. Kalau tahun 2006, masa tuh baru sambut anak pertama, baru naik keje semula setelah cuti bersalin. Tahun 2007 plak kami sempat merancang meluangkan masa g bercuti bersama2. Tahun 2008 ni plak insyaAllah bakal sambut anak kedua plak…Semoga rumahtangga & kehidupan kami sekeluarga diberkati Allah, masih panjang lagi perjalanan kami menuju ke destinasi…